Skip to Content
AdminServis OrderCipta Tiket Baharu

Cipta Servis Order Baru

  1. Ketika berada di halaman Servis Order, klik butang + Tiket Baharu di bahagian atas kanan halaman

1. Butiran Pelanggan

1.1 Pelanggan Baharu

Mulakan dengan mengisi maklumat pelanggan seperti:

  • Nama pelanggan (tekan bahagian “Tambah Pelanggan Baharu”)
  • Nombor telefon
  • Alamat emel

1.2 Pelanggan Sedia Ada (Returning Customer)

Untuk pelanggan sedia ada, sistem akan memaparkan nama pelanggan tersebut ketika anda memasukkan maklumat di bahagian Nama Pelanggan. Pilih nama pelanggan tersebut dalam senarai dan sistem akan mengisi maklumat-maklumat lain secara automatik.

2. Butiran Servis/Kerja

Masukkan butiran servis:

  • Tarikh dan masa tempahan
  • Juruteknik yang ditugaskan
  • Subjek
  • Penerangan isu
  • Alamat Servis (bagi pelanggan sedia ada, bahagian ini akan diisi secara automatik)

Lokasi Servis

  • Untuk lokasi servis, pada bahagian Lokasi (Google Maps), sila tampalkan paste pautan Google Maps.
  • Link Google Maps boleh didapatkan dari Whatsapp ketika pelanggan menghantar lokasi servis dan juga dari Google Maps.
  • Rujuk demo di bawah:
  • Klik “Cipta Tiket” untuk mencipta servis order